BayuOne ialah platform yang menghubungkan Penganjur, Trainer dan Talent untuk perkongsian program, kemahiran, peluang dan jaringan profesional.
1. Privasi & Maklumat Pengguna
BayuOne mengumpul maklumat yang diberikan oleh pengguna seperti nama, organisasi, nombor telefon, e-mel, lokasi, profil profesional, kemahiran, pengalaman, gambar, logo dan maklumat program. Maklumat ini digunakan untuk memproses permohonan, mengurus profil, menerbitkan kandungan yang diluluskan, memudahkan hubungan antara pengguna serta mengurus dan menambah baik platform.
BayuOne tidak menjual maklumat peribadi pengguna. Maklumat yang dipilih untuk dipaparkan secara awam boleh dilihat oleh orang lain. Pengguna bertanggungjawab memastikan maklumat yang diberikan adalah benar dan mempunyai kebenaran untuk berkongsi sebarang maklumat, gambar, logo atau kandungan pihak lain.
2. Penggunaan BayuOne
BayuOne hendaklah digunakan secara sah, jujur, profesional dan bertanggungjawab. Pengguna tidak dibenarkan memberikan maklumat palsu, menyamar, melakukan penipuan atau spam, mengganggu pengguna lain, melanggar hak pihak ketiga, memuat naik kandungan yang menyalahi undang-undang atau menyalahgunakan platform.
BayuOne berhak menyemak, menolak, menyunting, menyembunyikan atau memadam mana-mana kandungan, profil atau permohonan yang melanggar polisi platform.
3. Semakan & Kandungan
Penerbitan sesuatu profil atau program selepas semakan Admin tidak bermaksud BayuOne menjamin atau mengesahkan kelayakan, kualiti, ketepatan maklumat, harga, tuntutan, program atau perkhidmatan pihak tersebut. Pengguna bertanggungjawab membuat semakan sendiri sebelum berurusan dengan mana-mana pihak.
4. Had Liabiliti
BayuOne bertindak sebagai platform penghubung dan bukan pihak kepada sebarang urusan, transaksi, perjanjian atau perkhidmatan antara pengguna.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, BayuOne dan pihak yang mengendalikan platform tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerugian, kerosakan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang timbul daripada penggunaan BayuOne atau sebarang urusan dengan Penganjur, Trainer, Talent atau pihak ketiga, termasuk berkaitan program yang dibatalkan, ditunda, berubah, tidak memenuhi jangkaan, maklumat yang tidak tepat, tindakan pengguna/pihak ketiga, gangguan teknikal atau perkara di luar kawalan munasabah BayuOne.
Sebarang urusan dengan pihak yang disenaraikan di BayuOne dibuat atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri.
5. Data & Perubahan Polisi
Pengguna boleh meminta pembetulan atau kemas kini maklumat mereka melalui saluran rasmi BayuOne, tertakluk kepada undang-undang yang terpakai. BayuOne boleh mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa dan versi terkini akan dipaparkan di platform.
Dengan menggunakan BayuOne, pengguna mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Dasar Privasi & Polisi BayuOne.
BayuOne - Komuniti Kemahiran, Bakat & Peluang
Connect · Create · Grow
Powered by NMZ Kreatif Enterprise (199736-T)